BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 8 Ogos 2010

kau yang terindah...

memandang mu dari kejauhan ini..
membuatkan aku terpesona..
membuatkan hatiku berdebar-debar..
membuatkan jantungku berdegup kencang..

perasaan itu..
adakah itu....
cinta???...

ku cuba untuk menghampirimu..
ku cuba untuk menawan hatimu..
aku cuba...

tanpa ku duga..
engkau membalasnya..
engkau menerimanya..
engkau berikan harapan..

bermula saat indah bersama..
kau ku cintai..
dan aku kau cintai..
keindahan mu membuatkan aku bahagia..
memberikan aku sinar cahaya..
menerangi setiap liku-liku hidupku..

engkaulah segalanya bagi ku..
engkau yang pertama dan terakhir..
engkau yang bertakhta dihati ku..
untuk selama-lamanya...

setiap kenangan kita bersama..
aku sematkan dihati..
ku baluti dengan kasih sayang..
ku hiasi dengan cinta yang mendalam..
ku simpan ia didalam memori hidupku..

walau tiada jodoh kita..
namun ku tetap setia..
kerna kau yang terindah bagiku..
kasih dan sayang ku..
hanyalah untukmu..
untuk selama-lamanya...
kau tetap ku cintai..

0 comments: