BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 8 Ogos 2010

Andai ada Kesempatan

Andainya aku punyai kesempatan..
Untuk bertemu mu lagi..
Ingin aku katakan padamu..
Sesungguhnya engkaulah cahaya hidupku dimasa lalu..
Engkaulah yang memberikan sinar kebahagiaan dalam hidupku..
Ingin aku nyatakan padamu bahawa engkaulah segalanya bagiku..
Agar engkau mengerti...
Apa yang terjadi bukan ku pinta..
Apa yang engkau fikirkan adalah dusta..
Apa yang kau hajatkan dariku adalah nyata..

Namun..
Andai engkau tidak mengerti..
Masih lagi menyalahkan aku atas segalanya..
Menjadikan aku sebagai penyebab segala yang terjadi..
Akan aku menerimanya dengan hati yang terbuka..
Aku redha segala-galanya..
Walaupun sukar untuk aku menerimanya..
Namun aku tetap akan tabah menghadapinya...

Engkau..
Yang dulu aku sayangi..
Aku cintai..
Dengan sepenuh jiwa dan setulus hatiku..
Yang aku harapkan untuk menjadi permaisuri hidupku..
Yang aku harapkan akan bersama dalam susah dan senang..
Yang aku harapkan akan setia,jujur,dan percaya sepenuhnya terhadapku..

Dan aku..
Yang dulu engkau anggap aku adalah segalanya bagimu..
Yang engkau selalu menagih kasih sayang..
Yang engkau telah berjanji setia bersamaku..
Yang engkau katakan bahawa aku lah cintamu..

Tapi..
Sekelip mata engkau berubah...
Hanya kerana prasangka..
Hanya kerana engkau memikirkan sesuatu yang tidak pernah terjadi..
Hanya kerana engkau merasakan aku curang padamu..

Dengan prasangka itu..
Engkau jadikan alasan untuk pergi meninggalkan aku..
Sendirian tanpa aku tahu apa sebabnya..
Tidak aku ketahui mengapa itu yang terjadi..

Akhirnya..
Aku sedar..
Engkau pergi kerana dia..
Kerana insan ketiga yang hadir dalam hidupmu..
Yang sentiasa berada didepan matamu..
Yang engkau rasakan dia lebih baik dariku..
Yang engkau rasakan mampu berikan segala-galanya padamu..

Kini..
Aku sedar..
Segala yang terjadi adalah perancanganmu..
Dan segala yang engkau katakan itu semuanya dusta..
Aku sedar siapa diriku..
Insan yang tak punyai apa-apa..
Hanya ada secebis cinta didalam hati yang benar-benar ikhlas menyintai insan lain..
Aku tak punyai kemewahan duniawi untuk aku berikan padamu..
Aku tak mampu menandingi dirinya..

Namun..
Aku tahu..
Jauh disudut hatimu..
Engkau masih mencintai aku..
Masih menyayangi aku...
Kerna itu yang engkau ungkapkan padaku..
Kerna hingga kini engkau masih mencari aku....
Walaupun tidak pernah aku menerima kehadiranmu kembali..
Namun engkau terus memburuku..
Untuk apa????...


Sedarlah..
Engkau telah menjadi miliknya..
Akan bersamanya untuk selamanya..
Usahlah engkau memburuku lagi..
Kerna aku telah melupakanmu dalam ingatanku..
Cuma aku tak mampu menghilangkan cintaku padamu..
Tapi aku tidak pernah mengharapkan engkau kembali..
Kerna aku tahu engkau bukanlah untukku..
Pergilah engkau tanpa rasa bersalah..
Kerna aku telah memaafkan segalanya..
Dirimu kini hanyalah bayangan yang pernah hadir dalam hidupku...

Izinkan aku untuk mendoakan kebahagiaanmu bersamanya..
Izinkan aku untuk hidup tanpa bayanganmu..
Izinkan aku pergi dengan hati yang kosong tanpa ada lg rasa cinta padamu..
Dan maafkanlah aku andainya aku menyakiti hatimu..
Sesungguhnya itulah yang terbaik untukmu yang mampu aku lakukan..
Hilangkan rasa bersalah dalam dirimu terhadap aku...
Jadikan itu sebagai kenangan lalu yang tak punyai erti..
Janganlah engkau sia-siakan kehidupanmu kini..

Biarkan aku..
Aku akan tetap disini..
Menanti..Dan terus menanti..
Satu sinar baru..
Yang akan hadir menyerikan hidupku..
Yang akan memberikan kebahagiaan dalam hidupku..

Terima kasih ku ucapkan..
Kerna engkau telah mengajarku erti cinta..
Kerna telah membawa aku ke alam cinta yang begitu indah..
Terima kasih atas segala-galanya...

Aku masih disini...

*nukilan buatmu yang pernah kucintai..

0 comments: