BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 17 Jun 2011

~Suci Cintamu~

Melangkah aku meniti titian usang
Menuju lembah gelora hati perasaan
Sendirian ku berjalan ditepian pantai
Melayani perasaan yang keresahan...
Hempasan ombak perlahan di pasir memutih
Ku perhatikan tiap gerak aliran air membuih
Mungkin jauh disudut pemikiran setiap insan
Namun andai diperhatikan dan memahaminya
Pastinya dapat untuk menyingkap maksudnya
Biarpun lembut hempasan ombak ke pantai
Tapi dapat jua ia menghakis pasir ditepian...

Ku cuba memahami segala kejadian itu
Terasa bagaikan adanya akan persamaan
Seperti mana perasaanku yang kini resah
Dilambung badai gelora sebuah cinta hati
Lamaran seorang insan yang ingin memiliki
Dengan perlahan menerokai ruangan hatiku
Lembut membelai jiwa dan perasaan sepiku
Mencari andai ada ruang untuknya dihatiku
Untuk menyemai benih cinta hati tulusnya...

Lamaran itu ku biarkan tanpa jawapannya
Bukan kerna keegoan meninggi dalam diri ini
Bukan jua kerna paras rupa yang ku nilai
Juga bukan kerna rasa kekecewaan lalu
Tapi kerna rasa hatiku yang tak keruan
Membuatkan aku terus diburui keresahan
Dan juga bermainnya persoalan di fikiran

Adakah mampu untukku berikan padanya?..
Adakah cukup ruang hatiku untuk cintanya?..
Apakah benar sejujurnya perasaanku padanya?..
Apakah dapat ku setulusnyamenyintai dirinya?..
Dan sejauh manakah dapat ku bawa cintanya?..
Andai aku menerima lamaran cinta darinya
Dengan kenangan,kedukaan dan kebencianku
Yang masih lagi jelas nyata kini aku rasakan
Tapi ku cuba menyingkirkannya dari ingatan
Agar tidak aku tercurah sisa pada cintanya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<<HARUSKAH AKU MENERIMANYA???>>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terlihat aku akan kesungguhan dirinya padaku
Kejujuran dalam perasaan dan ketulusannya
Dari renungan mata dan tiap tutur katanya
Membuat hatiku gelisah lara meronta-ronta
Bagai meminta dibukakan kunci pintunya
Yang sekian lamanya terkunci tanpa cinta
Tertutup dari bayu kerinduan sang pencinta...
Perasaan ini jua ku rasakan memberontak
Melawan keresahan fikiranku oleh keinginannya
Ingin memiliki suatu perasaan baru penuh seri
Agar dapat menghilangkan segala sengsara
Dan bangkitnya keceriaan hati yang terluka...
Terhenti seketika langkah kaki ku tika itu
Ku merenung jauh lautan luas tak berpenghujung
Ku tunduk melihat air laut dari hempasan gelora
Perlahan surut perginya ia kembali ke lautan
Dan terus perlahan menghakis pasir memutih
Membawa bersamanya ke dalam lautan biru
Berulangan terjadi setiap masa dan ketika
Tiada terhenti walau berkurun lamanya
Namun masih tetap bertahan sang pasir itu
Biarpun dihakis pergi oleh air yang menyusur
Dari sang badai gelora yang sentiasa datang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pernah ku terdengar akan kata-kata kiasan ini...

>~Walau selama mana pun menahan sesuatu
     rasa kedukaan dari kekecewaan lalu...
>~Walau sejauh mana pun cuba untuk lari
     dari suatu rasa yang hadir dalam diri...
>~Walau sekuat mana pun kerasnya hati dan
     setinggi mana pun keegoan dalam diri...
::~TAKKAN DAPAT UNTUK MENOLAKNYA
      DAN MENGELAK DARI APA YANG TELAH
      DITENTUKAN OLEH YANG MAHA ESA,
      DAN PASTINYA AKAN MENERIMA JUA
      WALAU BUKAN KEMAHUAN DIRI,
      KERNA ITU ADALAH JALAN HIDUP
      KITA YANG SEHARUSNYA KITA LALUI...

Penuh bermakna kiasan yang diberikan si pujangga
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Biarkan kenangan silam itu terus kekal bersama
tanpa meninggalkan ia jauh dari kehidupan kini..
Jadikan pengalaman dari itu untuk mematangkan
diri agar lebih sempurna akal fikiran kurniaan-Nya..
Jangan biarkan kedukaan dari kekecewaan lalu
terus membayangi diri dan mengawal perasaan..
Pastinya sia-sia tiada kan bermakna hidup andai
berterusan membiarkannya terus menguasai..
Hanya kesengsaraan jiwa terpalit pada hidup
memperlihatkan akan kelemahan pada diri..
Yang bisa membuatkan hati dan perasaan
itu begitu mudahnya dipermainkan oleh insan
tanpa hati naluri rasa dan jiwa yang sejati..
Akibatnya diri dipenuhi luka tertusuk duri sembilu
cinta yang penuh kepalsuan mainan si pendusta..
Akhirnya diri jua yang dipersalahkan kerana
membiarkan perasaan itu dipermainkan..
Sedangkan perasaan itu yang terlalu lemah
untuk menilai antara ketulusan dan kejujuran
sesebuah cinta luahan dari si 'Penagih' cinta
sejati ataupun rayuan godaan penuh dusta
dari manusia penakluk jiwa si 'Pemain' cinta..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sejenak ku memikirkan setiap ungkapan itu
Adakah benar begitu atau kiasan semata
Yang punyai makna tersirat atau sebaliknya
Ku mencari jawapan dan cuba memahaminya
Untuk aku mendapatkan kepastian yang nyata

Mentari senja berlabuh melenyapkan cahayanya
Pudar warna langit membiru bertukar kesuraman
Cahaya jingga memancar malap di ufuk barat sana
Biasan cahaya mentari meredupkan suasana sepi
Terhenti hembusan sang bayu yang bertiupan
Tenang air dilaut tanpa adanya gelombang arus
Bagai terhenti seketika detik waktu ketika itu
Termenung aku dibawah kerendangan pepohon
Memahami kata-kata kiasan si pujangga cinta
Mencari akan kebenaran dalam tiap baris kata
Dan seperti ku rasakan ada kebenaran padanya
Kerna itulah rencana kehidupan akan ku lalui
Andai berterusan aku pada rasa terpendam ini
Akhirnya jawapan untuk kepastian kutemui jua
Bangkit semangat diri untuk menyatakan padanya

Ku renung matanya digenangi kebasahan
Limpahan airmata harapan dari perasaannya
Ku genggam erat jemari halus tangannya
Lantas terukir sebuah senyuman dibibirnya
Seakan mengetahui akan jawapan dariku
Membisu tanpa kata dia menanti luahanku
Luahan jawapan kepada lamaran cintanya
Ingin sekali ku luahkan kata hati sejujurnya
Namun kelu lidahku tak dapat ku berkata
Gemuruh jiwa dirasakan terbit rasa malu
Terasa sukar untuk meluahkan segalanya
Seakan memahami dia akan perasaanku itu
Mengukir senyuman mengungkapkan kata
"TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA DAN
  KERNA SUDI MENERIMA CINTANYA..
  JUGA KERANA DIBUKAKAN PINTU HATI
  BUAT DIRINYA BERTAKHTA DISANA"..
Itu diucapkan olehnya diiringi linangan airmata
Kesayuan dilubuk hati ini cuba ku pendamkan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bersemi indah ikatan percintaan yang terpaut
Menyemai benih cinta dan kasih setia bersama
Menabur janji setia dengan kejujuran dijiwa
Demi keteguhan istana cinta yang diimpikan
Dan akhirnya bermula kisah impian diciptakan
Mencatit dihelaian diari memori kenangan baru
Kebahagiaan menghiasi ruang kehidupan kini
Teratur penuh keindahan taman cinta hati
Kian mekar bebunga cinta dibajai kerinduan
Terang pepohon asmara disinari 'NUR' kasihnya
Dibina istana menepati segala telah dijanjikan
Cinta penuh persoalan kini teguh diistana impian
Ijab kabul akhirnya membuktikan kebenarannya
Dan tercapai sudah segala yang dulu diimpikan
Moga kehidupan dipenuhi keberkatan Dari-Nya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

0 comments: